Dalam entri kali ini, saya nak berkongsi pengalaman di mana satu ketika dahulu anak saya pernah dgn tiba-tiba enggan direct menyusu dgn saya. Untuk makluman semua, alhamdulillah hingga hari ini bayi saya genap berumur 6 bulan menyusu badan sepenuhnya..
Punca anak saya si Sara Damia ni tiba-tiba je taknak direct feed (df) mungkin kerana ditinggalkan bersama jiddahnya (nenek) semasa abangnya, Adam Danish warded di hospital. Semasa tinggal bersama jiddahnya...saya bekalkan Sara dgn susu yg telah dipam dan nenek Sara akan memberikan susu menggunakan botol susu... Mungkin kerana ini, bila saya pulang ke rumah..secara tiba-tiba Sara taknak langsung menyusu badan... mula-mula dulu sedih juga memikirkan ..eh kenapa pula anak aku ni taknak menyusu.... Bak pepatah melayu mengatakan...Malu bertanya sesat jalan...so, aku terus google dan masuk Facebook di page Ibu-Ibu Menyusukan..disitu aku bertanyakan permasalahan aku....
Alhamdulillah ramai yg cuba menasihat dan membantu...ada yg secara personal message saya di facebook cuba memberi pendapat..
Kesimpulan yg saya dapati.. Semasa terjadinya NURSING STRIKE ini...Ibu tak boleh panic. Kena tenang hadapi situasi ni.. Ok mula-mula:
1. Cuba tanggalkan baju baby (pakai pampers shj)
2. Ibu pun buka baju
3. dekatkan bayi dgn Ibu bagi bayi kenal bau ibu dan cuba perlahan-lahan pujuk untuk menyusu
4. walau macamana kuat sekalipun menangis, pekakkan telinga..usaha lagi.....
5. Cuba kerap kali sehingga berjaya
Alhamdulillah...baby saya put on NURSING STRIKE about 3/4 days, lepas usaha gigih saya mencuba dan mencuba...Sara nak menyusu semula..yeay!
Di bawah adalah few website yg boleh dirujuk mengenai nursing strikes:
1.
http://www.breastfeedingbasics.com/articles/nursing-strike
2.
http://drjaygordon.com/breastfeeding/nursing-strikes.html
3.
http://www.llli.org/faq/strike.html
** Copy Paste from Page Kump. Ibu2 Menyusukan di FB
*** Cara memujuk anak yang mogok susu untuk kembali menyusu:
1. Bayi mungkin tidak mahu menyusu kerana aliran susu yang terlalu laju > ibu-ibu boleh perah terlebih dahulu sebelum menyusu agar aliran susu lebih baik & puting lebih panjang
2. Kerapkan menyusu, susukan bayi sebelum dia terlalu lapar atau sebelum dia menangis
3. Cuba susukan ketika bayi mengantuk atau baru terjaga dari tidur
4. Ubah posisi menyusu di tempat yang kurang gangguan, bilik yang sunyi & malap
5. Cuba susukan dalam keadaan bergerak spt berjalan, mendodoi, mengenjut dsb.
6. Lakukan sentuhan kulit ke kulit sekerap yang boleh
7. Latih bayi menghisap jari telunjuk atau kelingking ibu untuk melatih dia menjatuhkan lidah untuk menyusu
8. Jika bayi tidak mahu menyusu kerana aliran susu perlahan, pastikan terus menyusukan bayi sebelum ibu memerah susu
9. Sekiranya bayi membuat ragam ketika ibu memujuknya, berhenti dahulu & tenangkan bayi, cuba lagi sehingga berjaya
Biasanya tempoh ini tidak mengambil masa yang lama (bergantung kepada bayi). Ibu-ibu perlu memerah susu seperti biasa. Gunakan pam yang boleh memerah susu secara serentak (double pumping) bagi meningkatkan hormon pengeluaran susu.
Beri susu perahan kepada bayi dengan sudu, picagari, penitis ubat & cawan. Penggunaan botol boleh dielakkan. Jika terpaksa guna botol pastikan puting yang digunakan mempunyai aliran susu yg perlahan supaya bayi bekerja keras untuk minum daripada botol, jadi dia lebih mudah beralih untuk menyusu badan.
Selamat mencuba!