Monday, June 6, 2011

Final Exam yang Semakin Hampir

Wahhhhhh....cakap pasal exam je..gigil dah rasa. Apa pun tak mula lagi ni.. Dengan 3 individual assignments yang satu ape pun tak start lagi... Dengan nak jaga Adam Danish ni lagi....Nak mencari material utk assignment ni lagi... Matiiiiii.......


Bila nak mula baca buku ni.. Ya Allah, berdebar-debar lebih pulak kali ni. Mana taknya, ni dah kira Final exam dah ni..penentu grad atau tidak Master..

Aku berdoa agar dengan kelahiran anakku ini, aku dipermudahkan untuk mendapat keputusan yang cemerlang di dalam exam nanti.


Birthday Gift



Masa merupakan sesuatu yang patut di hargai. Setiap orang akan lebih menghargai masa sekiranya mereka tahu bagaimana untuk mengisinya dengan perkara-perkara yang berfaedah. Hehehe...apa lah yg aku merepek ni. Sebenarnya saje nak bg tau, dulu setelah beberapa bulan berkahwin, aku kehilangan jam Fossil kesayanganku. Entah dimana aku letakkan jam itu..

Kemudian, si ayah yang baik hati pula menghadiahkan aku jam yang baru. Namun, ada saja masalahnya, bateri mati lah...dan akhirnya aku tidak ingat di mana aku campakkan jam itu...

Terkini, si suami pula menghadiahkan jam kepadaku sempena hari jadiku. Harapanku, aku lebih menghargai masa bersama keluarga tercinta... dan semoga jam ini tidak hilang lagi lah....

Tapi, kalau hilang boleh demand jam baru lagi, kan abang? hehehe... Thank you sayang, I LOVE U SO MUCH.

Rezeki Anak Sulungku, Adam Danish Bin Aizuddinur

Adam Danish, 16 hari.
Alhamdulillah. Akhirnya berkesempatan menulis di blog ni. Baby tengah tidur lena. Patutnya mummy-nya ikut tidur sama supaya tidak lah penat utk menyusukan si anak di malam hari. Takut pula pening kepala tidur siang hari... Baikku isi masaku menulis di blog ini...

Kali ni, nak cerita pula rezeki si anak sulung yg sorang ni. Ya Allah, bersyukur sangat Adam Danish murah rezekinya. Tetamu tidak putus-putus datang melawat 2 minggu pertama kelahiranya. Hamper dan wang pemberian yang di terima sangat banyak. Boleh sangat dah bukakan Akaun Tabung Haji untuk si anak. Tunggu mummy habis pantang nanti, mummy masukkan semuanya ya.. Alhamdulillah. Mari kita lihat banyak mana hamper yang diterima...

Anakku, Adam Danish... mummy letak gambar-gambar ni supaya Adam tahu betapa bertuahnya Adam. Nanti jangan lupa berjasa kepada mereka yang berjasa kepada kita ye.

** Tidak termasuk di dalam gambar ada 2 lagi hadiah yg sudah dibuka. Daripada Auntie Rozilah & Auntie Nurainiza.

Syazana & Tunang, Diyana & Suami, Kak Hayyum & Suami

Syahrul & Kak Sumaty, Nazrul & Isteri

Kak Shima, Uncle Hanif & Isteri, Musfirah

Abang Fadhli & Tunang

Kakak & Abang Iparku, merangkap Maklong dan Paklong kepada Adam Danish
  
Sahabat-sahabat Baik adikku, Hazwan.