Ya Allah lamanya nak cari masa terluang meluahkan rasa, berkongsi maklumat di blog ni...Alhamdulillah dpt curi masa pg ni... hehe
Assalamualaikum semua.....
Pagi yg hening ini, terasa nk cerita keletah si anak yg dihantar ke nursery dan impak terhadapnya...ewah...tetapi betullah org kata, nak hantar anak ke BS ke NURSERY ke..kena pandai cari yg BETUL OR WARAS..otherwise taktahulah apa boleh jadi kat anak...
Apa yg dimaksudkan dgn lasak?...he, Lasak yg dimaksudkan disini, adalah sangat aktif bergerak dan membuat pelbagai aktiviti tanpa mengenal erti penat....walhal yg menjaganya dah rasa nak terbongkang...heheheee...
Pelik tapi benar....
November dan Disember 2012 tahun lepas....sempat menghantar Adam ke nursery kerana sudah mula bekerja... yang menghairankan, sebelum dihantar ke nursery..kesihatannya seperti biasa...takde la pula nak demam memanjang...atau tiba-tiba kaki nak tempang ke....
Tapi semenjak dihantar ke nursery ni, dah 2x Adam demam..sekali pada bulan November..sekali lg pd bulan Disember....2x ni juga lah aku yg teman warded di hospital krn demamnya yg tgg dan berulang lebih seminggu...
Nak dijadikan cerita pula.....bosss maki hamun la pulak sebab apa?? sebab anak asyik demam katanya...Arghhh cerita pasal boss ni buat apa, buat aku tambah stress jeee...mungkin lain entrylah...
ok, berbalik pada cerita si Adam tadi....Aku hantar dia ke nursery yg di recommend oleh sahabat baik sendiri..Dia sendiri menghantar anaknya kesana...In shaa Allah, anaknya anak yg baik...tidak banyak kerenah atau kesihatannya cukup kuat melawan virus-virus di nursery..walhal anakku si Adam ni asyikla nak demamnya....tambahan pulak, baru 2 bulan hantar ke nursery Adam 2x tempang...apa maksud tempang? Jalannya tak betul..macam kakinya terseliuh...bila suami aka daddy Adam cuba memeriksa kaki si anak kecil ni, terjumpa kesan bengkak di buku lali....Kami fikir mungkin tersepak benda keras...positif mind set itu penting....cuba di urut dan diletak minyak..alhamdulillah, 2/3 hari baik semula kaki itu.....
Masuk bulan kedua berada di nursery, kakinya terseliuh kembali.....Terus kami sekeluarga termasuk lah Jiddah (nenek) si kecil ni mula rasa curiga...."Nursery ni ada buat apa-apa ke kat Adam"--- itu lah yg bermain-main di fikirankan kami......sehinggalah suami membuat keputusan....janganlah dihantar lagi anak ni kesana dan memandangkan si boss yg kejam itu sudah menyuruhku berhenti bekerja, maka aku pun menjaga lah anak-anakku dgn aman tenteram...Alhamdulillah hingga kini hampir masuk bulan February 2013, Adam belum pernah demam lagi walaupun dihntar injection sekalipun, tiada demam, tiada tempang..something to ponder about....what exactly happened at the nursery??
Bila di fikir-fikirkan kembali, setiap pagi menghantar si kecil ni, pasti dia menangis meronta-ronta seakan-akan cuba memberitahu dia enggan berada disitu.....bila diambil pada waktu ptg juga menangis seakan ingin mengatakan..'ahhh siksaan tamat''....Mungkin, mungkin..mungkin ada sesuatu yg dilakukan pada sikecil ni sehingga dia menangis-nangis, tempang ..demam?? (sehingga demam akibat terlampau takut atau budak-budak disana asyik berjangkit-jangkit viral infection......) Adakah mungkin juga kerana sikecil ni terlampau lasak atau kuat menangis sehingga mereka taktahan dan sanggup buat sesuatu?? Ya Allah, minta jauhlah terjadi pada anak org lain dan pada anak-anak kami sendiri....
So, sekarang apa pula solutionnya kalau saya ingin bekerja semula?? Nursery atau mencari Maid? Kami memilih utk mencari maid, tapi sehingga kini maidnya masih belum ketemukkkk....maidnya di curik si pemandu teksi...wahhhhhh, apalah nasib si maid itu harapnya enggak ada apa-apa terjadi pd nya...
Sekarang dalam proses menunggu maid yg baru...harapnya sebelum aku mula bekerja, maid ni dah sampai....aku nak pantau, nak tgk, nak perhatikan cara dia menjaga anak...kalau dah puas hati, selesa, lega barulah aku dgn senang hatinya boleh mula bekerja dgn aman .....In conclusion, buat masa ini, biarlah aku menjaga anak-anakku dgn bahagianyaaaa........
The End.....
Moral: Sila kerap buat inspection di Nursery, BS supaya benda-benda yg tak sepatutnya jadi boleh dibendung...In Shaa Allah, kita serahkan tawakal pd Allah..dia maha mengetahui... =)
No comments:
Post a Comment