Permata hatiku, anak sulung lelaki kami |
Chapter 1
20 Mei 2011 (Jumaat) yang lepas, contraction sudah mula terasa. Tetapi, hati kecilku kuat mengatakan 'masih belum masanya kut'. Aku berbaring di sofa menonton Maharaja lawak bersama keluarga dan suamiku (yg pada ketika itu agak busy menghabiskan buku keduanya). Sempatlah lagi bergelak sakan dgn tayangan di tv tu. Dalam pada menahan kesakitan tu, lena juga tidur ku sampai ke subuh.
Chapter 2
21 Mei 2011 (Sabtu), Menjelang subuh (sebelum subuh sebenarnya), pada waktu lebih kurang 5.30pg. Aku rasakan air ketumbanku sudah pecah. Aku gerakan suamiku dgn kadar segera. Kasihan si suami, baru hendak lena tidur akibat menyiapkan bukunya di saat akhir. Suamiku bingkas bangun melunaskan dahulu tanggungjawabnya terhadap ilahi, Kemudian kami bergegas ke hospital. Sesampai di hospital, nurse memasangkan CTG pada perutku utk melihat kekuatan contraction. Kemudian, mereka dapati contraction memang kuat. Doktor dtg memeriksa bukaan, namun baru 2cm. Aku diberikan ubat utk membuang air besar. Tetapi tidak sampai setengah jam kemudian doktor masuk semula kebiliku memeriksa sekali lagi bukaan dan memecahkan air ketumbanku agar proses penglahiranku dpt berlaku segera.
Disinilah detik cemas bermula. Pada ketika itu, si suami duduk di kerusi sebelah kiri katilku. Di saat aku menahan kesakitan, terlihat kerisauan di wajah si suami. Doktor dan nurse pula serentak menyebut 'Ya Allah Amalina, air ketumban awak warna hijau. Baby dah berak kat dalam. Kita kena proceed for emergency surgery. Kalau lambat kita khuatir baby tertelan najisnya sendiri dan kalau dah sampai ke paru-paru bayi, bahaya'. Di waktu itu, aku sudah tidak boleh berfikir. Sisuami juga seakan terkejut. 3 Team Pakar dan nurse bergegas melaksanakan tanggungjawab mereka. Kerja mereka sungguh cepat, aku kagum!......dan akhirnya anak lelaki sulung kami selamat dilahirkan. Beratnya 3.22kg. Alhamdulillah, syukur.
ADAM..... BIN AIZUDDINUR |
Doaku agar anak ku ini menjadi anak yg soleh dan permata buat kedua ibu dan bapanya, Suamiku Aizuddinur, kita dah anak bang! =)
Hadiah Ulangtahun Perkahwinan kami. Genap setahun berkahwin, Adam di lahirkan |